Friday, 28 October 2011

Watak Dan Perwatakan Novel Istana Menanti

    Watak utama dalam novel ini ialah Fadhil.Watak sampingan terdiri daripada Ah Seng,Ramasamy,Tuk Ngah,Khairil Anuar,Dolah,Sarjan Mokhtar,Encik Leong,Pak Senik,Encik Karim dan Encik Shanti.

Fadhil
   Fadhil merupakan anak kepada Encik Karim dan Mak Joyah.Dia berusia 15 tahun.Dia suka akan subjek  sejarah dan bercita-cita untuk bergelar ahli sejarah.Sikapnya lebih matang kerana berfikiran jauh.Dia berfikir panjang dalam membuat sebarang sebarang keputusan.Dia bijak merancang dengan menyenaraikan barang yang harus dibawa sebelum memulakan ekspedisi ke puncak Gunung  Datuk.Fadhil juga seorang yang menghormati orang tua.Contohnya:dia meminta izin daripada kedua-dua  orang tuanya untuk menyertai ekspedisi ke Gunung Datuk.

Ah Seng
   Ah Seng ialah kawan baik Fadhil.Dia anak kepada peniaga barang-barang runcit iaitu Encik Leong dan  Puan Lily.Dia mempunyai minat dan cita-cita yang sama dengan Fadhil. Kadangkala sikapnya lepas laku  dan terlalu mengikut perasan.Ketika sedang mendaki bukit,dia ketawa dan bersuara kuat dan berlagak  seperti Tarzan apabila melihat kera dan burung bertempiaran lari.Suka makan,dia tetap berselera makan  meskipun dalam kesusahan.Contohnya:ketika semua orang sedang risau kerana terperangkap di dalam
bilik,dia tetap berselera untuk makan.

Ramasamy
Ramasamy ialah kawan baik Fadhil dan Ah Seng.Dia sebaya dengan Fadhil dan Ah Seng serta  mempunyai minat yang sama dengan kedua-dua sahabatnya itu.Dia merupakan anak Encik Shanti dan  Puan Mary.Dia berani.Contohnya:ketika menyusuri terowong untuk mencari Ah Seng,Ramasamy dan  kawan-kawannya terserempak dengan beberapa orang lelaki.Dia mahu melawan orang-orang jahat itu  tetapi dihalang oleh Khairil Anuar.

Tuk Ngah
   Tuk Ngah ialah warga tua di Kampung Ulu Seperi,Rembau.Usianya hampir 80 tahun.Beliau suka  berkongsi cerita kerana beliau tahu tentang cerita sejarah setempat dan sejarah negara.Beliau banyak  pengalaman.Beliau pernah melalui zaman kependudukan Jepun di Tanah Melayu dan melalui zaman  darurat sebagai akibat pemberontakkan pengganas Komunis.Tuk Ngah masih sihat,kuat dan dan  bertenaga.Buktinya,beliau masih larat mendaki Gunung Datuk untuk menemani Fadhil,Ah Seng dan  Ramasamy.

Khairil Anuar
   Dia seorang penuntut di Universiti Putra dan berusia dalam lingkungan 30 tahun.Tubuhnya
gempal.Berani.Contohnya:dia bersendirian ke Istana Menanti semata-mata untuk mengkaji sejarah lama  itu.Dia tidak lemah semangat ketika berhadapan dengan ribuan tikus yang kelaparan,terserempak  dengan ular sawa dan mendengar bunyi yang sungguh menyeramkan ketika mencari jalan keluar dari  terowong.Khairil Anuar bercita-cita hendak menulis sebuah buku tentang sejarah Rembau.Dia  prihatin,bertanggungjawab dan mengambil berat.Meskipun baru mengenali Fadhil,Ah Seng dan  Ramasamy,dia amat mengambil berat kan keselamatan mereka.

Dolah
   Dia lelaki tua yang berusia dalam lingkungan 80 tahun dan kawan kepada Tuk Ngah semasa kecil.Dia  pernah mendakwa dirinya sebagai pejuang pembebasan tanah air dan pernah dilantik menjadi ketau  pasukan ke-10,Parti Komunis Malaya(PKM).Dolah pernah melarikan diri ke negara China pada sekitar  tahun 1960-an tetapi kembali semula ke tanah air 40 tahun kemudian selepas memperoleh  pengampunan daripada Kerajaan Malaysia.

No comments:

Post a Comment