Friday 28 October 2011

Tema dan Persoalan Novel Istana Menanti

Tema novel Istana Menanti karya Abd Latip Talib ialah semangat sekumpulan remaja yang peka akan sejarah tanah air dan ingin mengkaji kesahihan sejarah tersebut.Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy mewakili golongan remaja yang sangat minat akan subjek sejarah dan mempunyai rasa ingin tahu yang mendalam tentang sejarah setempat.Mereka bertiga juga sanggup meredah hutan berlukar untuk melihat sendiri kewujudan dan keunikan Istana Menanti di puncak Gunung Datuk.

Persoalan
a)Kesedaran golongan muda tentang sejarah tanah air. Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy sanggup meluangkan masa ke rumah Tuk Ngah kerana warga  emas itu banyak mengetahui tentang sejarah setempat dan sejarah negara.

b)Semangat perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat yang berbilang masa.
Masyarakat di Kampung Ulu Seperi,Rembauterdiri daripada masyarakat pelbagai kaum.Mereka hidup bersatu-padu dan saling membantu.Khususnya ketika mencari Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy yang hilang di Gunung Datuk.

c)Kebijaksanaa pahlawan-pahlawan Melayu pada zaman dahulu dalam mengatur strategi perang. Pahlawan-pahlawan Melayu terdahulu membina kediaman yang jauh dipuncak bukit atau gunung agar terselamat daripada serangan musuh.Istana Menanti dibina di puncak Gunung Datuk telah dijadikan tempat dijadikan tempat berkumpulanya pendekar-pendekar Rembau dalam usaha mereka menentang penaklukan Portugis dan Inggeris.

No comments:

Post a Comment