Friday, 28 October 2011

Latar Novel Istana Menanti

Latar Tempat
a)Rumah Tuk Ngah di Ulu Seperi ,Rembau,Negeri Sembilan.Contohnya:Fadhil,Ramasamy dan Ah Seng  berkongsi cerita dengan Tuk Ngah tentang banyak cerita sejarah setempat dan sejarah negara di rumah  ini.
b)Istana Menanti dan kawasan sekitarnya.Contohnya:Istana Lama ini terletaknya di puncak Gunung  Datuk.Ketika Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy tiba,di dalam istana bersih seolah-olah ada penjaganya.
c)Jeram Lubuk Petai.Contohnya:Jeram ini terletaknya di kaki Gunung Datuk.Airnya jernih dan  sejuk.Namun,kawasan ini dikatakan berpuaka dan didiami makhluk halus.
d)Terowong rahsia di bawah tanah.Contohnya:Terowong itu gelap,bercaban dua dan
menyeramkan.Terowong itu menjadi tempat persembunyian ribuan tikus dan kelawar.
e)Kedai runcit Encik Leong.Contohnya:Menjadi tempat penduduk Kampung Ulu Seperi berkumpul di sini  bagi membincangkan masalah kehilangan Fadhil,Ramasamy dan Ah Seng.
f)Balai polis Kampung Ulu Seperi.Contohnya:Pak Senik,Encik Karim,Encik Leong dan Encik Shanti  melaporkan kehilangan tiga sahabat.Sarjan Mokhtar menyuruh pihak polis dan penduduk kampung  berkumpul di perkarangan balai sebelum gerakan mencari dijalankan.

Latar Masa
a)Waktu Siang.Contohnya:Fadhil,Ramasamy dan Ah Seng ditemani Tuk Ngah memulakan ekspedisi  mendaki Gunung Datuk.
b)Waktu malam.Contohnya:Penduduk kampung dan anggota polis menjalankan gerakan mencari orang  hilag di sekitar Gunung Datuk.
c)Seluruh cerita:Cerita ini berlangsung dalam tempoh seminggu.Pada hari Jumaat iaitu ketika tiga  sahabat merancang untuk ke Gunung Datuk di rumah Tuk Ngah hingga hari Jumaat yang berikutnya iaitu  ketika majlis kesyukuran dan doa selamat yang diadakan di balai raya.

Latar Masyarakat
a)Golongan muda yang peka akan sejarah
Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy mewakili golongan muda yang minat akan sejarah setempat dan sejarah  tanah air.
b)Golongan tua yang serba tahu akan sejarah
Tuk Ngah mewakili orang lama yang banyak melalui zaman seperti zaman kependudukan Jepun dan  zaman darurat.Beliau juga banyak tahu tentang sejarah setempat dan sejarah negara.
c)Masyarakat yang berbilang kaum dan agama
Penduduk di Kampung Ulu Seperi,Rembau hidup makmur meskipun dihuni oleh pelbagai bangsa dan  agama.
d)Masyarakat desa yang hidup bagai aur dengan tebing
Penduduk setempat membantu pihak polis mencari Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy yang hilang di puncak  Gunung Datuk.
e)Masyarakat yang belot dan derhaka pada negara
Dolah mewakili segilintir masyarakat yang belot dan derhaka kepada negara.Dia sanggup bersekongkol  dengan pihak komunis dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan selepas Tanah Melayu Merdeka.

No comments:

Post a Comment